DiLLO Warung Cyber Net

ShoutMix chat widget

Psikologi perempuan

Selasa, 03 November 2009


Dalam suatu kehidupan nyata kita tak jarang menghadapi suatu masalah, namun masalah itu akan bisa terselesaikan hanya dengan saling memahami satu sama lain. Untuk itu disini kita perlu memahami apa yang ada pada diri masing-masing baik itu laki-laki atau perempuan.


Lelaki memahami suatu situasi secara keseluruhan dan berfikir secara global sedangkan wanita ..memusatkan' pemikiran mereka serta bergantung kepada perincian dan nuansa.

Lelaki adalah pembina dan pencipta. Mereka mengambil risiko dan melakukan eksperimen. Wanita pula memilih pengetahuan paling bernilai dan menurunkannya kepada generasi seterusnya.

Lelaki lebih berdikari dalam pemikiran tindakan manakala wanita lebih mengikut idea yang disyorkan orang lain.

Wanita kurang menghargai atau memuji diri mereka berbanding lelaki. Wanita sering mengkritik diri mereka dan lelaki pula sering berpuas hati dengan pencapaian diri.

Perkara yang memberikan kepuasan juga berbeda. Bagi lelaki, ia adalah karier dan kejayaan sedangkan wanita lebih menitikberatkan keluarga dan anak-anak.

Lelaki lebih memikirkan mengenai keperluan mencapai impian mereka. Wanita pula lebih menitikberatkan perhubungan berbanding perkara ini.

Lelaki jatuh sakit pada kekerapan yang sama seperti wanita walaupun wanita lebih prihatin terhadap kesihatan diri. Wanita menghadapi kesakitan atau kerja yang membosankan lebih baik daripada lelaki.


0 komentar:

Posting Komentar